Covid-19.

CADANGAN DARI SEORANG RAKYAT…

Covid 19 semakin meningkat
Belum nmpak tanda2 ia
akan turun ke paras
seperti Mac 2020 dulu

Kalau setuju dgn cadngan ini sila viralkan. Sebarkan sehingga sampai Kepada pihak BERWAJIB.
Klau rasa tak setuju….Stop saja…tkada msalah.

Klau betul2 serious nk cegah covid ini SOLUTION yg terbaik menurut Islam

1. HENTIKAN sebarang program hiburan diTV yang tidak berfaedah…nyanyi2…lawak2…sembang2 gelak…dn program2 lagha yg lain

2. GANTIKAN dengan program Keagamaan. Bacaan Yasin setiap hari.
Siarkan ceramah/kuliah dari para pendakwah utk dekat kan diri dengan ALLAH SWT.

3. BUKA MASJID seluas2nya kepada semua umat Islam dgn mengikut SOP yg ditetapkan sebelum ini. JANGAN sekali2 hadkan kehadiran jamaah

4. PASTIKAN Solat Hajat diadakan setiap hari dimasjid/surau selepas Solat Maghrib

5. JANGAN sekali2 sekat kuliah atau majlis ilmu dimasjid atau surau kerana disitulah turunya MALAIKAT yg membawa RAHMAT

6. KEMPEN semua umat Islam supaya solat berjemaah dmasjid dan surau. Bermunajat dn berdoa kpada Allah Swt. BUKAN halang.

7. ANJURKAN Program Qiamulail pada setiap malam Jumaat dimasjid/surau

8. ADAKAN bacaan Yaa Siin serentak seluruh Negara setiap minggu sebelum solat Jumaat.
Mohon supaya Allah Swt angkat musibah covid.

9. ANJURKAN program Solat Sunat Taubat dan Solat Hajat perdana dimasjid/surau.

10. ANJURKAN Majlis berselawat keatas Baginda Nabi Saw dimasjid/surau.

11. KEMPEN dan sedarkan rakyat utk berpuasa sunat setiap hari Khamis.

INSYA ALLAH…YAKIN DAN PERCAYALAH SEKIRANYA INI DAPAT KITA LAKUKAN PASTI ALLAH SWT AKAN MENGANGKAT WABAK PENYAKIT INI DARI KITA

APAPUN MUSIBAH ATAU PENYAKIT, SEMUANYA DATANG DARI ALLAH, DAN HANYA ALLAH SWT YG MAMPU MENGHILANGKANYA. INI AQIDAH KITA…AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH.

BUKAN KKM…BUKAN MKN…BUKAN WHO TAPI…
NABI SAW BERI JAMINAN…SETIAP PENYAKIT ADA UBATNYA…PASTI…
NABI TIDAK PERNAH BERDUSTA…SETIAP KATA2 NABI SAW ADALAH WAHYU DARI ALLAH SWT.

YG PENTING HUBUNGAN DGN ALLAH SWT JGN SEKALI2 DIABAIKAN.

USAHA…DOA…TAWAKKAL
INSYA ALLAH

Kongsi lh yer..

Nasihat.

NASIHAT UTK BANGSA MELAYU ISLAM
ISLAM DAN MELAYU..BERPISAH TIADA.

Kita Kaum Melayu Jangan saling sengketa
Walau Beza Fahaman Kita Tetap Bersaudara
Jagalah Negara Dengan Ikut Syariatnya
Tuhan Turun Berkah Negara Aman Sentosa
Wahai Kaumku Turutlah Agamamu
Raja Perlu Ditaat Ulama Perlu Dihormat
Kita Bangsa Melayu Bangsa yang Hebat
Kerna Perselisihan KUASA LAIN AMBIL TEMPAT
Ayuh Kaum Melayu Bangkit Dari Tidur Mu
Kita Perlu Bersatu selamatkan Bangsa Melayu
Tanah yang Berkah Raja Yang Berdaulat
Ulama Keramat Hulubalang Yang Taat
Wahai Kaum Melayu Jangan Lupa Kisah Dahulu
Susah Orang Dahulu Pertahankan Nasib Bangsa Mu
Tiada Kisah Dulu Tiada Kisah Kita
Tiada Kisah Dulu Tiada Kisah Kita
Silap Dulu Jadi Tauladan
Perjuangan Kita Teruskan
JANGAN JADI PENGKHIANAT
GUNTING DALAM LIPATAN
JATUH SESUATU BANGSA
KERANA MUNAFIK DI DALAM

Dunia.

BARANG SIAPA MEMILIKI SEDIKIT DUNIANYA MAKA SEDIKIT PULA HISABNYA NANTI

Syukurilah apa yang kita miliki…
Lantas kenapa engkau terlalu bersedih jika kurang hartamu?
Apakah engkau tergiur untuk dihisab lebih lama oleh Allah??

Carilah harta secukupnya…, tumbuhkan sifat qona’ah…, jangan terlalu ambisi dengan berlimpahnya harta yang hanya memperpanjang dan menyulitkan hisabmu…

Kebanyakan orang celaka bukan karena kurang harta, sebenarnya hartanya sudah cukup baginya untuk menjalani kehidupannya, akan tetapi kebanyakan orang tidak puas dan tidak qona’ah…inilah yang membuat mereka celaka dan tenggelam dalam dunia serta berlomba-lomba mengejarnya…
Akhirnya kehidupannya diatur oleh hartanya, ibadahnya pun diatur oleh hartanya, jadilah ia milik hartanya bukan ia pemilik hartanya

Engkau terpesona dengan rumah mewah sahabatmu…

Engkau tergiur dengan banyaknya dan mewahnya mobil sahabatmu..

Apakah engkau tergiur untuk dihisab lebih lama oleh Allah??

Syukurilah apa yang kau miliki …

Apa yang kau miliki itupun sudah akan merepotkanmu untuk mempersiapkan jawabannya tatkala akan di hisab kelak…!!

1MDB

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/16/kerajaan-as-cuba-sekat-keterangan-berpotensi-bebaskan-najib-kata-peguam/


*Kerajaan AS cuba sekat keterangan berpotensi bebaskan Najib, kata peguam*

FMT Reporters – March 16, 2021 3:09 PM

261
Shares
facebook sharing button twitter sharing button whatsapp sharing button email sharing button


PETALING JAYA: Pasukan peguam seorang bekas pengurus Goldman Sachs mendakwa kerajaan AS bersekongkol dengan bank pelaburan itu untuk menghalang Najib Razak memperoleh keterangan yang dikatakan boleh memperkuatkan pembelaannya dalam kes 1MDB di Malaysia.

Najib Razak
Keterangan yang cuba disekat itu dikatakan berkait dengan aturan rasuah yang dibuat oleh pihak tertentu di 1MDB dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, atau bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner, secara bersendirian, yang mana mungkin tidak melibatkan bekas perdana menteri itu.

Keterangan itu disifatkan peguam sebagai berpotensi bersifat ekskulpatori, iaitu keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan.

“Kerajaan (AS) tidak mahu Najib mendapatkan penzahiran keterangan daripada Goldman Sachs dan Leissner yang (jika diperolehi) akan tentunya memberikannya pembelaan yang kukuh,” kata firma guaman Brafman & Associates dalam surat kepada Hakim Margo Brodie dari Mahkamah Daerah Timur New York.

Surat itu ditulis bagi pihak anak guam mereka, Roger Ng Chong Hwa, seorang warga Malaysia, yang menghadapi pertuduhan bersabit dana 1MDB di AS.

Roger Ng
Keterangan itu dikatakan menamakan beberapa individu berprofil tinggi, termasuk di Malaysia, yang terlibat dengan menyalur keluar dana daripada 1MDB dan menerima dana dicuri itu.

Menurut peguam Ng, tindakan kerajaan AS menunjukkan ia bersekongkol dengan Goldman Sachs untuk menyekat keterangan itu daripada diketahui umum.

“Berdasarkan hujah Najib, beliau…memohon secara khusus keterangan bahawa ahli tertentu di 1MDB membuat aturan rasuah secara bersendirian dengan Low atau Leissner atau pihak lain yang berkait dengan mereka,” menurut surat itu.

Aturan rasuah itu mungkin “dicapai oleh setiap ahli 1MDB berkenaan, tanpa penglibatan bekas perdana menteri itu,” tambah Brafman & Associates.

Dalam surat itu, peguam Ng berkata Najib sebelum ini berjaya mendapatkan perintah daripada Hakim Katherine Parker dari mahkamah daerah selatan New York, untuk sepina dikeluarkan terhadap Goldman Sachs and Leissner.

Sepina itu untuk memperolehi dokumen dan keterangan yang berpotensi membantu Najib dalam pembelaannya terhadap kes jenayah yang beliau hadapi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pasukan peguam Ng memaklumkan Brodie bahawa Najib dilihat memerlukan keterangan itu dalam jangka waktu terdekat.

Tim Leissner
Najib kini menghadapi 25 pertuduhan bersabit salah guna kuasa dan penggubahan wang RM2.6 bilion melibatkan dana berkaitan 1MDB. Perbicaraan rancak berlangsung dengan saksi ke 10 pihak pendakwa memberi keterangan.

Permohonan peguam Najib untuk menangguh perbicaraan sehingga prosiding sivil yang dimulakan beliau di AS dimuktamadkan, ditolak oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah Feb lalu.

Perbicaraan dijadualkan bersambung Mei depan.

‘Persekongkolan’

Brafman & Associates menegaskan campurtangan kerajaan AS menunjukkan persekongkolan jelas dengan Goldman Sachs.

“Bahawa kerajaan (AS) sanggup campurtangan menerusi mahkamah di sebuah daerah lain untuk menghalang Goldman Sachs dan Leissner mematuhi proses perundangan yang diarahkan oleh sebuah mahkamah lain, jelas membuktikan bahawa Goldman Sachs adalah sebahagian pasukan pendakwaraya, (dan) dilindungi secara aktif oleh kerajaan,” kata surat itu.

Menurut Brafman & Associates, kemajuan dalam tindakan sivil itu mendedahkan “kerjasama rapat dan hubungan strategik antara kerajaan dan Goldman Sachs.”

Hubungan rapat kerajaan AS-Goldman Sachs itu berpaksi kepada hakikat peguam kerajaan mencelah dalam tuntutan sivil Najib dengan memohon untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Hakim Parker pada 8 Feb, iaitu sehari permohonan Najib dijadual untuk perbicaraan, menurut peguam Ng.

“Adalah jelas, kerajaan dan Goldman Sachs telah berkomunikasi mengenai sepina berkenaan untuk melihat bagaimana menguruskannya,” menurut surat itu.

Justeru, pasukan peguam Ng meminta mahkamah New York memerintahkan Goldman Sachs, Leissner, dan peguam mereka untuk membekalkan segala surat-menyurat dan dokumen berhubung pematuhan mereka kepada sepina berkenaan.

Goldman Sachs dan anak syarikatnya sebelum ini dituduh oleh kerajaan AS bersekongkol untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) berhubung komplot membayar rasuah lebih dari USD1 bilion kepada pegawai Malaysia dan Abu Dhabi untuk mendapatkan perniagaan menguntungkan.

Dalam kenyataan 22 Oktober lalu, Jabatan Kehakiman AS mengumumkan bahawa ia telah mendapatkan pengakuan bersalah dari Goldman Sachs Malaysia bawah FCPA di mahkamah daerah timur New York. Pengakuan bersalah serupa juga diperoleh dari Leissner.

Dalam pemfailan sebelum ini, Ng menegaskan beliau memberi amaran kepada Goldman Sachs mengenai Jho Low dan menyalahkan keseluruhan skandal itu kepada Leissner.

Leissner dijangka memberi keterangan bagi pihak pendakwaan terhadap Ng pada perbicaraannya.