
A

In shaa Allah.
BARANG SIAPA MEMILIKI SEDIKIT DUNIANYA MAKA SEDIKIT PULA HISABNYA NANTI
Syukurilah apa yang kita miliki…
Lantas kenapa engkau terlalu bersedih jika kurang hartamu?
Apakah engkau tergiur untuk dihisab lebih lama oleh Allah??
Carilah harta secukupnya…, tumbuhkan sifat qona’ah…, jangan terlalu ambisi dengan berlimpahnya harta yang hanya memperpanjang dan menyulitkan hisabmu…
Kebanyakan orang celaka bukan karena kurang harta, sebenarnya hartanya sudah cukup baginya untuk menjalani kehidupannya, akan tetapi kebanyakan orang tidak puas dan tidak qona’ah…inilah yang membuat mereka celaka dan tenggelam dalam dunia serta berlomba-lomba mengejarnya…
Akhirnya kehidupannya diatur oleh hartanya, ibadahnya pun diatur oleh hartanya, jadilah ia milik hartanya bukan ia pemilik hartanya
Engkau terpesona dengan rumah mewah sahabatmu…
Engkau tergiur dengan banyaknya dan mewahnya mobil sahabatmu..
Apakah engkau tergiur untuk dihisab lebih lama oleh Allah??
Syukurilah apa yang kau miliki …
Apa yang kau miliki itupun sudah akan merepotkanmu untuk mempersiapkan jawabannya tatkala akan di hisab kelak…!!
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/03/16/kerajaan-as-cuba-sekat-keterangan-berpotensi-bebaskan-najib-kata-peguam/
*Kerajaan AS cuba sekat keterangan berpotensi bebaskan Najib, kata peguam*
FMT Reporters – March 16, 2021 3:09 PM
261
Shares
facebook sharing button twitter sharing button whatsapp sharing button email sharing button
PETALING JAYA: Pasukan peguam seorang bekas pengurus Goldman Sachs mendakwa kerajaan AS bersekongkol dengan bank pelaburan itu untuk menghalang Najib Razak memperoleh keterangan yang dikatakan boleh memperkuatkan pembelaannya dalam kes 1MDB di Malaysia.
Najib Razak
Keterangan yang cuba disekat itu dikatakan berkait dengan aturan rasuah yang dibuat oleh pihak tertentu di 1MDB dengan ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho, atau bekas rakan kongsi Goldman Sachs, Tim Leissner, secara bersendirian, yang mana mungkin tidak melibatkan bekas perdana menteri itu.
Keterangan itu disifatkan peguam sebagai berpotensi bersifat ekskulpatori, iaitu keterangan yang mampu membebaskan seseorang daripada sesuatu pertuduhan.
“Kerajaan (AS) tidak mahu Najib mendapatkan penzahiran keterangan daripada Goldman Sachs dan Leissner yang (jika diperolehi) akan tentunya memberikannya pembelaan yang kukuh,” kata firma guaman Brafman & Associates dalam surat kepada Hakim Margo Brodie dari Mahkamah Daerah Timur New York.
Surat itu ditulis bagi pihak anak guam mereka, Roger Ng Chong Hwa, seorang warga Malaysia, yang menghadapi pertuduhan bersabit dana 1MDB di AS.
Roger Ng
Keterangan itu dikatakan menamakan beberapa individu berprofil tinggi, termasuk di Malaysia, yang terlibat dengan menyalur keluar dana daripada 1MDB dan menerima dana dicuri itu.
Menurut peguam Ng, tindakan kerajaan AS menunjukkan ia bersekongkol dengan Goldman Sachs untuk menyekat keterangan itu daripada diketahui umum.
“Berdasarkan hujah Najib, beliau…memohon secara khusus keterangan bahawa ahli tertentu di 1MDB membuat aturan rasuah secara bersendirian dengan Low atau Leissner atau pihak lain yang berkait dengan mereka,” menurut surat itu.
Aturan rasuah itu mungkin “dicapai oleh setiap ahli 1MDB berkenaan, tanpa penglibatan bekas perdana menteri itu,” tambah Brafman & Associates.
Dalam surat itu, peguam Ng berkata Najib sebelum ini berjaya mendapatkan perintah daripada Hakim Katherine Parker dari mahkamah daerah selatan New York, untuk sepina dikeluarkan terhadap Goldman Sachs and Leissner.
Sepina itu untuk memperolehi dokumen dan keterangan yang berpotensi membantu Najib dalam pembelaannya terhadap kes jenayah yang beliau hadapi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Pasukan peguam Ng memaklumkan Brodie bahawa Najib dilihat memerlukan keterangan itu dalam jangka waktu terdekat.
Tim Leissner
Najib kini menghadapi 25 pertuduhan bersabit salah guna kuasa dan penggubahan wang RM2.6 bilion melibatkan dana berkaitan 1MDB. Perbicaraan rancak berlangsung dengan saksi ke 10 pihak pendakwa memberi keterangan.
Permohonan peguam Najib untuk menangguh perbicaraan sehingga prosiding sivil yang dimulakan beliau di AS dimuktamadkan, ditolak oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah Feb lalu.
Perbicaraan dijadualkan bersambung Mei depan.
‘Persekongkolan’
Brafman & Associates menegaskan campurtangan kerajaan AS menunjukkan persekongkolan jelas dengan Goldman Sachs.
“Bahawa kerajaan (AS) sanggup campurtangan menerusi mahkamah di sebuah daerah lain untuk menghalang Goldman Sachs dan Leissner mematuhi proses perundangan yang diarahkan oleh sebuah mahkamah lain, jelas membuktikan bahawa Goldman Sachs adalah sebahagian pasukan pendakwaraya, (dan) dilindungi secara aktif oleh kerajaan,” kata surat itu.
Menurut Brafman & Associates, kemajuan dalam tindakan sivil itu mendedahkan “kerjasama rapat dan hubungan strategik antara kerajaan dan Goldman Sachs.”
Hubungan rapat kerajaan AS-Goldman Sachs itu berpaksi kepada hakikat peguam kerajaan mencelah dalam tuntutan sivil Najib dengan memohon untuk menangguhkan pelaksanaan perintah Hakim Parker pada 8 Feb, iaitu sehari permohonan Najib dijadual untuk perbicaraan, menurut peguam Ng.
“Adalah jelas, kerajaan dan Goldman Sachs telah berkomunikasi mengenai sepina berkenaan untuk melihat bagaimana menguruskannya,” menurut surat itu.
Justeru, pasukan peguam Ng meminta mahkamah New York memerintahkan Goldman Sachs, Leissner, dan peguam mereka untuk membekalkan segala surat-menyurat dan dokumen berhubung pematuhan mereka kepada sepina berkenaan.
Goldman Sachs dan anak syarikatnya sebelum ini dituduh oleh kerajaan AS bersekongkol untuk melanggar Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) berhubung komplot membayar rasuah lebih dari USD1 bilion kepada pegawai Malaysia dan Abu Dhabi untuk mendapatkan perniagaan menguntungkan.
Dalam kenyataan 22 Oktober lalu, Jabatan Kehakiman AS mengumumkan bahawa ia telah mendapatkan pengakuan bersalah dari Goldman Sachs Malaysia bawah FCPA di mahkamah daerah timur New York. Pengakuan bersalah serupa juga diperoleh dari Leissner.
Dalam pemfailan sebelum ini, Ng menegaskan beliau memberi amaran kepada Goldman Sachs mengenai Jho Low dan menyalahkan keseluruhan skandal itu kepada Leissner.
Leissner dijangka memberi keterangan bagi pihak pendakwaan terhadap Ng pada perbicaraannya.
Assalamualaikum
Alhamdullilah
Alhamdullilah.
Kartel kluster kayangan.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah.
Malaysia is a better nation without dap. In Shaa Allah.
In Shaa Allah.
Bersabar bila susah. Kita dapat pahala. Tak sabar bila susah kita dapat dosa. Keadaan susah itu tetap akan berlaku tak kira kita sabar atau tak sabar. In Shaa Allah
Assalamualaikum
Sorong papan tarik papan Buah keranji dalam perahu. Suruh makan dia makan Suruh mengaji dia tak mahu..
Bila Allah kabulkan doa, kita kena bersyukur. Kerana itu keinginan kita. Bila Allah tidak kabulkan doa, kita kena lebih lagi bersyukur. Kerana itu keinginan Allah. In Shaa Allah.
Alhamdullilah.
Masa itu emas. Alhamdulillah.
Masa itu kepunyaan Allah. Berilah lebih masa kepada Allah. Supaya Allah beri lebih masa kepada kita. In Shaa Allah.
70 going 80. In Shaa Allah.
Yang kalah mati. Yang menang pon mati juga. Alhamdullilah
In Shaa Allah.
In Shaa Allah.
Kalau UMNO nak menang besar pada PRU 16, UMNO kena bantu DSN buktikan dia tidak bersalah. In Shaa Allah.